Pages

Hantu-Hantu Terkenal


Pernah terfikir nak jumpa hantu? atau terfikir untuk mintak nombor kat hantu2 tu?hehehe, ni adalah antara hantu paling terkenal kat dunia ni.........jom

1) Grey Lady
Hantu ni hantu perempuan, dan menghuni sebuah perpustakaan berusia lebih 100 tahun iaitu Willard Library, Indiana,A.S.Dinamakan Grey Lady atau Lady In Grey (wanita kelabu) kerana sering muncul dengan pakaian berwarna kelabu. Hantu ini sering kelihatan membaca buku di perpustakaan ini. Ianya begitu terkenal sehingga sebuah laman web di wujudkan untuk orang ramai melihat perpustakaan itu melalui kamera yang dipasang di
www.libraryghost.com . Anda berani?





2) Hantu anak kapal SS Watertown
2 orang anak kapal S.S Watertown maut akibat terhidu gas beracun ketika membersihkan bilik enjin kapal. Mayat mereka dikebumikan di dasar laut oleh rakan-rakan lain. Beberapa hari selepas dikebumikan, anak2 kapal yang masih hidup dapat melihat kedua2 rakan mereka itu mengekori kapal. Seorang anak kapal yang kebetulan membawa kamera mengambil gambar ini. Analisis pakar menunjukkan gambar ini adalah asli.


 3) Jane Churm 
Hantu seorang gadis yang sering kelihatan di sebuah bangunan bernama Wem Town Hall, Shropshire, England. Dikatakan gadis ini telah menjatuhkan lilin hingga menyebabkan kebakaran besar di bandar tersebut pada tahun 1677 dan turut maut dalam kebakaran tersebut. Pada 19/11/1995, ketika kebakaran berlaku di Wem Town Hall, seorang jurugambar, Tony O'Rahilly secara tidak sengaja mengambil gambar hantu gadis ini semasa memotret kebakaran tersebut. Macam mana? Anda rasa semua hantu tu hodoh ke?hehehe, kan comel gadis ini.






4) Hantu Tombstone

Pernah tengok cerita tombstone? Cerita pasal koboi Wyatt Earp dan rakan2 menghapuskan kejahatan? Kalau pernah tengok, pasti anda tahu kenapa ada kawasan ini begitu berpuaka, sebab zaman "wild wild west" dulu memang banyak orang mati kat kawasan ini. Berikut adalah satu gambar paling polular di tempat itu. Jangan tengok koboi depan, tapi koboi belakang tu.


5) Brown Lady


Hantu perempuan ini dikatakan menghantui kawasan bernama Raynham Hall di Norfolk. Mengikut lagenda, hantu ini dikatakan seorang wanita bernama Dorothy Walpole (1686-1726) adik kepada perdana menteri pertama Great Britain iaitu Robert Walpole. Wanita ini telah dituduh berzina oleh suaminya, Charles Townshend dan dikurung dalam sebuah bilik. Beliau akhirnya mati akibat penyakit cacar.


6) Puan Corroboree
 Hantu ini di beri jolokan Corroboree kerana gambarnya di tangkap di Corroboree, Australia pada tahun 1959. Masa itu, saya masih belum di lahirkan lagi. Teknologi pun belum canggih lagi, tapi gambar hantu ini kelihatan lebih tinggi dari manusia normal. Apa2 pun, layannnnnnnnnnnn.



7) Freddy Jackson

Denga je nama ni, teringat kat cerita Nighmare On Elm Street, Freddy Nightmare......hehehe. Tapi bezanya hantu yang ni pakai smart je, muke pun kacak lagi. Gambar ini di ambil 2 hari selepas kematian beliau. Semasa gambar di ambil, orang yang berdekatan dengan si mati merasa sejuk seperti ada angin yang bertiup. Bila gambar diambil, inilah hasilnya, Cak.........




8) Lord Combermere

Al-kisah, mamat ni telah mati di langgar kereta kuda, (kemalangan maut pertama kot), tak berapa lama selepas kematiannya, seorang si polan telah mengambil gambar kerusi kegemaran Lord ni semasa sedang menguji kamera untuk gambar kematian nanti. Tup tup, bila periksa balik, nampak mamat ni atas atas kerusi.......Seram weh.....


9) Minah Kubur

Name awek ni aku tak sempat tanya, jadi anggap la beliau sebagai awek misteri. Gambar ini ditangkap dekat kubur yang paling berhantu kat Amerika, iaitu Bachelor’s Grove Cemetery. Apa tujuan jurugambar ambil gambar kubur ni? Tak dapat dipastikan.







10) Nak Tumpang Boleh?

Tahun 1959, Mabel Chinnery baru balik dari melawat kubur ibunya. Nak habiskan filem kamera punya pasal, die pun amik la macam2 gambar, dan dalam satu gambar tu, adalah gambar suaminya dalam kereta, yang mana, selepas di cuci, hasilnya sangat menakjubkan, iaitu ibu beliau menumpang kereta tersebut. Hahaha







0 komen:

Post a Comment