Pages

Hantu-Hantu Popular Malaysia

Anda kenal mereka? Anda tahu siapa mereka? Pernah dengar cerita mereka? Jom berkenalan dengan hantu-hantu yang paling popular di Malaysia.


1) Pontianak



Pontianak adalah salah satu hantu yang popular di Malaysia. Dikatakan berasal dari perempuan yang mati beranak. Hantu ini mempunyai kepala yang menghadap ke belakang (kepala berpusing sebanyak 180 ͦ). Di belakang tengkuk pula dikatakan mempunyai lubang yang mana mengikut lagenda, jika ada manusia yang menikam paku ke lubang itu, maka pontianak akan menjadi wanita yang cantik dan boleh berkahwin dengan manusia itu.  Untuk mengelak mayat wanita dari menjadi pontianak, orang-orang dahulu mengepitkan telur di celah ketiak mayat itu, dan di celah jarinya pula diletakkan jarum, ini di percayai dapat mengelakkan pontianak dari terbang dan mengembangkan kuku mereka.



2) Toyol

Dikatakan berasal dari mayat budak yang dipuja hingga diresapi syaitan. Tugas hantu ini adalah mencuri duit dan harta bendaz lain. Biasanya duit yang dicuri toyol ini cuma separuh dari jumlah keseluruhan, maknanya kalau duit anda habis terus, tak ada sisa, tu sahlah, bukan toyol yang mencuri, tapi "setan". Jika pemilik toyol ini lelaki, biasanya makanan yang diberi adalah dari ibu jari kaki, manakala jika pemilik adalah wanita, kebiasaannya mereka menyusukan toyol itu.


3) Polong Dan Pelesit

Pada zaman dahulu, tak tau la bila punya zaman, seorang wanita yang masuk ke hutan mencari hasil hutan di katakan telah dirogol oleh jin hutan tersebut. Wanita itu kemudian mengandung dan melahirkan anak lelaki@jantan yang dipanggil Polong, dan anak perempuan@betina yang di panggil Pelesit. Wanita itu tidak menerima mereka sebagai anak, dan atas sebab itu mereka kembali ke hutan dan menunggu tuan yang mahu membela mereka. Kebiasaannya ianya berbentuk seperti belalang kunyit. Orang lama biasanya akan menyebut "ambilkan aku kunyit dengan lada, sedap buat gulai belalang ni" jika terlihat belalang dalam rumah mereka untuk menghalau belalang tersebut yang kemungkinan adalah jelmaan pelesit dan  polong.

4) Pocong

Pocong dikatakan berasal dari orang yang mati, tetapi tali punjut nya tidak dibuka, biasanya di sebabkan wasiat si mati akibat pantang amalan ilmunya semasa hidup. Nak menghapuskannya senang saja, anda tolong buka punjut pocong itu kalau berjumpa dengan pocong. Tapi beranikah anda?

5) Penanggal

Penanggal adalah orang yang menuntut ilmu salah kerana mahu cantik. Syaratnya perlu memakan darah ibu yang batu beranak anak sulung. Biasanya mereka ini hidup seperti orang biasa, cuma di leher mereka ada garisan seperti parut. Ini kerana ketika menjadi hantu, kepala mereka akan tertanggal dari badan,dan kepala tersebut akan terbang mencari mangsa dan badannya akan tinggal di rumah. Penanggal ini akan mengeluarkan bunyi TIK TIK, dan jika anda mendengarnya sayup-sayup, bermakna ianya dekat dengan anda, dan begitulah sebaliknya.

6) Hantu Bungkus

Juga dinamakan hantu golek kerana hantu ini memang tidak berjalan, mahupun melompat, tetapi bergolek2. Biasanya berbungkus warna putih, dan sering mengganggu mereka yang melalui kawasan sunyi. Kalau anda lihat hantu bungkus, dan memeluknya hingga tali yang membungkusnya tertanggal, anda dikatakan akan mendapat harta yang banyak dari dalam bungkusan itu.


7) Langsuir

Langsuir atau langsuyar dikatakan mendapat nama dari gaya terbangnya seperti helang. Dikatakan berasal dari orang yang mati akibat kerinduan yang amat sangat. Biasanya bertenggek di atas pokok dan menunggu mangsa sambil menangis.

 8) Hantu Raya

Hantu raya biasanya di bela oleh orang dulu2 untuk membantu mereka melakukan kerja2 berat seperti meratakan hutan, membuka sawah dan pelbagai lagi. Hantu ini di katakan mampu menyerupai wajah pemiliknya dan bersetubuh dengan isteri pemiliknya. Di Indonesia, ia lebih dikenali sebagai Gundorowo. Ia dikatakan mempunyai tubuh berbulu dan kemaluannya bercahaya seperti rokok yang menyala.


9) Mawas

Mawas ini dikatakan menyerupai beruk besar. Dalam masyarakat orang asli, ia di gelar hantu jarang gigi. Hantu ini di katakan gemar menculik gadis dan disembunyikan di dalam gua di dalam hutan tebal. Biasanya gadis-gadis ini tidak akan ditemui lagi. Hantu ini juga dikatakan mempunyai ilmu pukau yang kuat. Cara untuk menghapuskan ilmu pukaunya ialah meletakkan gambir di bawah hidung, itupun perlu dilakukan sebelum di pukau.


10) Hantu Tetek
 
Hantu tetek di katakan menyerupai perempuan tua yang mempunyai tetek @ kopek yang besar. ia gemar menyembunyikan kanak2 yang bermain sembunyi-sembunyi pada waktu senja.

11) Orang Bunian
 
Orang bunian dikatakan wujud sejak zaman Nabi Sulaiman A.S. Mereka menyerupai manusia cuma tidak kelihatan pada mata kasar. Sekiranya ia muncul di alam manusia, biasanya ia menyerupai manusia yang sangat cantik @ kacak dan memakai pakaian satu warna dari kepala ke kaki.


12) Hantu Galah Dan Lidi
 
Hantu galah dan lidi mungkin berasal dari spesis yang sama, bezanya ialah tempat kemunculannya. Hantu lidi biasanya muncul di rumah manakala hantu galah pula biasanya muncul di luar dan mengganggu manusia yang suka berjalan malam. Kedua2nya memiliki fizikal yang sangat tinggi.














0 komen:

Post a Comment