1) Jerung Hantu

Jerung ni digelar Jerung Hantu @ Goblin Shark @ Tenguzame. Siap ada tanduk lagi. Orang yang mula-mula tangkap makhluk ni adalah nelayan jepun semasa satu fenomena dipanggil "Black Current" atau arus hitam berlaku di Yokohama.
2) Sotong gergasi
Pernah dengar nama kraken? Kraken adalah jenis sotong gergasi yang jahat dan suka menenggelamkan kapal yang lalu di kawasannya. Tapi itu cuma mitos sahaja. Sekarang lihatlah anak saudara Kraken, Giant Squid. agaknya kalau kene belit dengan sesungut sotong ni boleh lepas tak?Hehehe.
3) Anglerfish

Bayangkan anda berada dalam kegelapan dasar laut, tiba-tiba anda lihat sedikit cahaya. Apa anda akan lakukan? Makhluk ni mendapat gelaran angler kerana ianya gemar memancing @ memikat mangsa dengan sesungut bercahaya di bahagian kepalanya. Cahaya itu dihasilkan oleh bakteria yang berada dalam sesungut itu.
4) Obor-obor gergasi

Obor-obor gergasi ini duduk di dasar laut,. Tetapi pada musim-musim tertentu, ianya akan naik secara berkumpulan ke permukaan laut. Jumlahnya boleh mencapai berjuta-juta ekor. Banyak tu. Agaknya bertapa kat dasar laut, nak dapat ijazah pertapaan kena naik permukaan dan balik semula ke dasar laut kot.
5) Viperfish

Nama macam ular kapak, mungkin sebab badannya panjang macam ular. Muka pun tak comel. Tapi ia tetap wujud. Jadi jangan terkejut kalau nampak makhluk ni semasa mengembara ke dasar laut.
6) Tripod Fish

Nama pun pelik, nak ambil gambar ke ape pakai tripod ni? Hahahaha. Mari berkenalan dengan ikan yang berjalan di dasar laut. Biasalah, dah penat berenang berjalan la pula.
7) Udang Buta

Udang ni buta, tapi yang menariknya ianya mengeluarkan cahaya berwarna-warni dari badannya, meriah beb.
8) Bearded Fireworm

Cacing Api Berjanggut, hahaha, pelik betul namanya. Biasa di jumpai di celah-celah batu. Tengok saja kecil, tapi ianya mempunyai sengat yang sangat berbisa. Jadi kalau nak melawat dasar laut tu, berhati-hatilah, jangan sampai kena sengat dengan cacing api ni.
9) Giant Deep Sea Isopod
Pernah tengok kutu babi? Binatang ini adalah keturunan kutu babi yang sangat besar, dan hidup di dasar laut. Kalau kutu babi pun ada saudara kat dasar laut, manusia pun mesti ada juga kan?hehehehe. Layan.
10) Ketam Dasar Laut

Ingatkan makin berada di dasar laut, ketam semakin berevolusi menjadi lebih brutal. Rupanya, makin comel plak ketam ni.Hahahaha.
11) Ikan Katak

Tak tahulah, mana asal nama ni, tapi bila tengok ikan ni, ada la juga seiras dengan katak tomato. Macam sedap je tengok ikan ni.Yum yum.
12) Serpent Star

Bentuk macam tapak sulaiman, tapi tengok lagi sekali macam cacing pita. Hish, macam cacing kerawit pun ada.
13) Fangtooth

Nama ganas, muka hudus, menambahkan lagi kebrutalan alam dasar laut. Gigi tajam tu kalau dapat kokah kepala korang tak tau la jadi ape.
Oklah, penat dah nak upload gambar. Banyak sangat. layan la dulu yang kat atas tu. Selamat mengembara ke dasar laut.
0 komen:
Post a Comment